kini kita sudah dewasa

Wednesday, May 4, 2011

Destinasi 5, Evil Ryu Analogi Universal...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you...

Member2 di luar sana apa khabar? Sihat dan ceria la hendaknya... Badan dan mental kita mungkin sihat, tapi rohani dan iman kita ok tak geng? Yaa, tu pon kita kena 'check' juga tu. Kalau ok, Alhamdulillah, kalau 'OK', haa, tu kena jaga2 la kawan, ada la benda yang kita perlu perbetulkan semula.

Ok geng, kali ni aku nak berkongsi tentang satu benda yang betul2 menarik minat aku.
Waktu aku tengah 'online' hari tu, aku terbuka 'Street Fighter Wiki'. Yaa geng, betul walaupun dah tua bangka macam ni, aku masih lagi meminati permainan video, dan aku pasti juga, member2 kaki video game di luar sana turut mengenali Street Fighter.

Masa aku buka laman sesawang terbabit, aku terbaca satu artikel tentang salah seorang watak permainan video tersebut yang bernama Ryu. Ok, sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku cerita sikit pasal Ryu supaya anda, anda, anda dan anda di luar sana dapat memahami apa kaitan cerita aku dengan video game ni.

Ryu adalah protagonis dalam video game Street Fighter, dan dia mengamalkan seni bela diri yang dipanggil 'Ansatsuken Karate' (ni seni bela diri rekaan pereka game terbabit, tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia). 'Ansatsuken Karate' adalah seni bela diri yang bila sampai satu tahap, akan membuat penggunanya mempunyai satu 'surge' untuk membunuh dan ditenggelami kegelapan.
Kita berjuang setiap hari untuk menjadi insan yang LEBIH BAIK

Yaaa geng, maksudnya di sini, Ryu yang merupakan seorang watak utama yang baik dan mementingkan disiplin serta nilai2 murni boleh bertukar menjadi seorang yang kejam dan tidak berhati perut pada bila2 masa sahaja jika dia tidak berjaya mengawal 'surge' tersebut dan terus-menerus digelumangi kegelapan dan keinginan yang jitu untuk membunuh dan memusnahkan apa sahaja. 'Surge' yang dimaksudkan dipanggil 'Satsui no Hadou' yang bermaksud 'The Surge of Killing Intent' (juga merupakan sesuatu yang direka khas  dalam permainan video terbabit, tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia) dan apabila Ryu berada dalam keadaan digelumangi 'Satsui no Hadou', dia akan bertukar rupa dan secara automatik dalam game tesebut, namanya juga bertukar menjadi Evil Ryu.

Ok geng, dekat sini, aku bukan nak bercerita pasal game 'Street Fighter' tu sangat. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini ialah, sikap Ryu yang sentiasa berjuang setiap hari bagi mengekang dirinya daripada termasuk dalam 'mode' Satsui no Hadou dan bertukar menjadi kejam. Pada logik akal, setiap orang yang mengamalkan seni bela diri teringin untuk menjadi seorang yang terhebat dan terkuat betul tak geng? Tapi Ryu terpaksa menghalang apa yang didambakan olehnya untuk menghalang dirinya daripada menjadi Evil Ryu, iaitu satu lagi persona bagi dirinya yang cuma mementingkan kemenangan, kekuatan dan kuasa. Maksudnya di sini, Ryu masih berpegang teguh kepada prinsip dirinya, menggunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk kebaikan dan bukan untuk kehancuran.

Ok member2 sekalian, sebelum aku berceloteh dengan lebih lanjut, aku minta kalian berfikir sejenak, sama tak kita dengan Ryu? Sama tak Ryu dengan kita?

Kalau ada yang jawab tak sama aku tak tau la, tapi pada aku, antara kita dan Ryu terdapat satu persamaan.
Yaa geng, tau tak apa persamaannya? Persamaan yang dapat aku lihat ialah; SETIAP HARI KITA AKAN BERJUANG MENENTANG DIRI SENDIRI. Nampak tak geng? Betul tak apa yang aku cakap?

Dalam dunia yang kita hidup sekarang ni, di mana2 sahaja terdapat cabaran dan dugaan. Kita ronda mana2 pun mesti akan terlihat golongan2 yang menjolok mata, mesti ternampak golongan2 yang 'miskin'. Kenapa aku cakap miskin? Sebab biasanya golongan ni akan pakai baju2 yang kecil, seluar2 ketat (mungkin 'tak mampu' beli seluar baru, lantas mereka memakai seluar adik2 mereka), mesti ada yang tak pakai tudung, mesti ada yang memakai seluar pendek, setiap hari kita akan menentang diri kita sendiri (nafsu kita sebenarnya) daripada memandang dan melayan anasir2 seperti ni.

....yaa geng, khususnya member2 kaum Hawa di luar sana, aku ada satu soalan yang 'chantek' untuk kalian, jika Evil Ryu tidak dapat mengikut disiplin dirinya, dia akan terus bertukar menjadi Evil Ryu sekali gus menjadikannya seorang yang kejam dan cuma mementingkan kuasa betul tak? Tapi, boleh tak anda, anda, anda dan anda memikirkan apa yang akan terjadi jika kaum Adam yang TAK DAPAT mengawal diri mereka apabila mereka melihat kalian berpakaian sedemikian?

Mulalah surat2 khabar akan penuh dengan berita2 dan cerita2 yang melibatkan mangsa2 rogol dan kes2 anak haram dibuang dan 'dilelong' di masjid2 berdekatan...dan siapa pula akan dipersalahkan? Golongan kaum Adam juga, betul tak geng?

Kita tak nak jadi macam EVIL RYU betul tak? Jadi mari SAMA2 BERTAUBAT^^
Jadi di sini, aku tak berniat pun untuk menjatuh atau merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Memang tak dapat dinafikan lagi geng, tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Bila kita berjuang menentang diri kita setiap hari untuk mengekalkan prinsip dan nilai2 Islam (bagi yang beragama Islam), mungkin ada masa kita tersungkur dan tewas. Akan ada masa kita akan 'TER'lakukan perkara2 seperti 'TER'menipu, 'TER'bergosip, 'TER'mengumpat, 'TER'terajang kawan2 dan sebagainya.

Kita masih boleh ambil contoh daripada Ryu, walaupun dia bertukar menjadi Evil Ryu, namun dia masih berjuang menentang keinginannya untuk membunuh dan memusnah serta sentiasa berusaha untuk berubah semula menjadi Ryu yang asal, Ryu yang lebih baik dan positif. Walaupun dia mungkin akan berubah semula menjadi Evil Ryu dan kitaran tersebut akan terus berulang, dia tetap berjuang, berjuang dan berjuang menentang dirinya sendiri setiap hari bagi memastikan dirinya tidak terjerumus ke kancah kegelapan.Peace.

Maksudnya di sini, walaupun kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, kita perlu sentiasa bertaubat dan terus berjuang sehingga 'the end of time' bak kata orang putih. Kita tidak seharusnya mengeluh dan mengeluarkan kata2 seperti :

"Aku dah terlambat, dah takde jalan untuk aku bertaubat"
"Aku memang macam ni, suka buat maksiat, dah tak boleh nak kata apa2 lagi"
"Aku dah banyak sangat dosa, Tuhan takkan terima aku punyalah"

Haha, kita kena ingat geng, Allah S.W.T tu Maha Pengampun. Kita perlu sentiasa BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH S.W.T. Walaupun kita 'TER'lakukan perkara2 yg 'kurang positif', kita masih perlu sentiasa berjuang menghindarkan diri daripadanya dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang jauh lebih baik. So, ternyata dan terbukti lah sebenarnya situasi kita dan Ryu sama sahaja betul tak geng?

Jadi, boleh tak lepas ni kalau kita contohi Ryu dan sentiasa BErusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke hari, BErtaubat memohon keampunan agar dosa2 kita diampunkan dan sentiasa BErdoa agar kita tidak terjerumus ke kancah maksiat dan sentiasa Di-lindungi oleh Allah S.W.T daripada gangguan dan hasutan Syaitan, boleh tak geng2 dan member2 sekalian? Haha, sama2 la kita cuba melaksanakannya.
Lagipun, kita nak jadi macam Ryu, betul tak geng? Tak nak jadi macam Evil Ryu.

Sampai sini dulu la kawan, insyaAllah kita akan bersua lagi dalam pelayaran yang seterusnya.

Wassalam...

"Kepada kaum Hawa yang berusaha untuk menutup aurat dan kaum Adam yang kini berusaha untuk menjaga mata mereka daripada melihat perkara2 yang 'BEST'', you are now apart of our 'CREW', haha...

No comments:

Post a Comment