kini kita sudah dewasa

Tuesday, April 26, 2011

Destinasi 4, Kita Geng Selamanya...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you...

Member2 di luar sana apa cer? Aku sihat aje bhai Alhamdulillah, bukan setakat sihat, siap happy lagi.
Okeh, sebelum ni aku asyik bercerita tentang keadaan sekeliling dan kehidupan seharian manusia secara umum betul tak? So, kali ni aku akan kongsi la sikit cerita pasal perjalanan hidup aku pulak.
Memandangkan ni cuma ceita tentang diri aku, so, penggunaan bahasa pun aku takde la formal sgt, ade shortform sikit, ade bahasa pasar sikit, boleh tak geng?

Hari tu, time aku tngah syok layan internet nih, tiba2 ada pulak sorang member add aku dalam satu group dekat Facebook. " Tahun 6 SKPA 2005", yaa tu le name 'group'nya. Tercengang jugak aku mula2 tu. Ye la, group darjah 6 la kawan, sape yg sangka akan jumpa balik dengan kawan2 dajah 6 yg dah lama tak bersua muka.
Mula2 tu mmg takde semangat la dalam group tu, last2 tgok makin ramai dan makin ramai yg join...
Admin group tu ( Member aku, nama dia Nasruddin, budak2 lain panggil Nas aje) seniri pulak yg terkejut.
Haha, dia seniri cakap " Uish, tak sangka pulak ramai yg join group nih".

Yaa, mcm biase la geng, bila dah chat dengan member2 lama nih, mesti le semua mula gila nak buat REUNION...dan bermulalah kisah budak2 planning untuk buat reunion. Yang paling semangat nak buat reunion aku tgok, ialah Big Boss: Nas le sape lagi, lepas tu ade le beberapa member2 pempuan.
So, member2 aku pon mulalah merepek dekat wall group tu, ade yg serius tolong Nas rancang reunion, ade yg merepek tak habes2...aku pon selalu merepek jugak bersembang dengan member2 lama.

Banyak jugak muka member2 yg dah lama aku tak jumpa.....antaranya adalah Hazman (Yip Man), Luqmanul Hakim (Mihawk), Faiz Rahim : Makin jambu aku tgok, Rukaini (Naruto). Haha, time tu tak sabo le geng, nak jumpe member lama la katakan. Lgpun, sape yg tak teruja nak tgok perubahan rakan2 seperjuangan kita suatu masa dulu, btol tak kawan?

Lepas melakukan beberapa percaturan, tolak tambah darab dan bahagi, akhirnya 26/4/2011 adalah tarikh keramat yg dipilih untuk menjalankan aktiviti PERJUMPAAN SEMULA di McD Puncak Alam Lepas semua dah Solat Zuhur...
Pagi tu lepas Solat Subuh, aku tertidur bhai, kunci jam nak bangun 10.30, last2 terbangun pukol 12.30.
Solat Dhuha pon tak dapat buat la kawan...padan muka aku jugak, sibok sgt tido lambat malam semalam.
Sedar2 member aku HAZIM OON call, dia tanya aku nak pegi dengan sapa. Last2 aku decide pegi dengan
dia aje le, sibuk sgt nak drive Fiat Punto merah dia, betul tak Zim? Trimas bhai.

Mula2 aku terpikir jugak, "Betol ke ramai yg ade nanti?". Sebab malam semalamnya, masing2 buat lawak tanak datang. Tapi sampai2 aje dekat sana....  !!FUAH!!
Satu Battalion ade bhai, mcm armada angkatan laut aje aku tgok. McD tu penuh dengan member2 aku aje (boleh kata le)...
Dan mule la nampak sebijik demi sebijik muka2 yg aku dah lama tak nampak sebelum nih. haha.

Muka first yg aku nampak adalah muke Hazman (Yip Man). Yaa, member2 aku semua dah berubah rupa.
Tapi perangai sorang2 masih sama dan sebijik. Haha, Luqmanul Hakim masih banyak cakap, banyak lawak.
Yip Man masih kecoh mungkin sebab masa sekolah dulu dia jadi perpustakawan, Faiz masih lagi pendiam mcm dulu. Haha....tngah sebok2 bersembang, tiba2 masuk member aku yg lain, nama dia Meor, panggil Yeop aje....dia masuk dengan baju Econsave dia, tngah kerja sebenanye tapi waktu tu dia lunch break...
Kalau Yeop join mmg gerenti gegar le tempat tu dengan kekecohan dan gelak tawa.

Mmg syok habes la pendek kata. Lepas tu Nas pulak ajak main satu permainan.
Mmg aku tabik le senang cerita budak Nas nih, sanggup pulak susah2 plan mcm2 untuk member dia.
Hidop mesti kena mcm ni la geng, sentiasa unite, sanggup bersusah-senang bersama dengan kawan2 btul tak?
Tapi masa tu, member yg tumpangkan aku kena balik awal sebab ade kecemasan , so aku pon follow dia balik awal. Mula2 dia suroh aku stay enjoy dengan member2 yg lain, tapi tak adil la bhai, aku enjoy situ tapi dia kena balik pulak. So, aku balik aje le sekali dengan dia haha...

Yaa, geng, setelah hampir lima tahun tak jumpa....Memori lama dihidupkan kembali dalam masa satu hari.
Haha, tapi malangnya Cikgu yg mengaja aku masa Darjah 6 dulu tak dtg, ade mesyuarat katanya. Kitorang panggil cikgu tu Teacher Lily...yaa, cikgu yg mendenda aku pada hari KE-2 aku bersekolah...tapi cikgu tu jugak lah yg aku ingat smpai hari ni......nostalgia.

Apa2 hal pon aku nak ucapkan SPECIAL TRIMAS kepada:

Nas(Big Boss), Hazim Oon(Einstein), Hazman(Yip Man), Luqman(Mihawk), Rukaini, Faiz, Azizi(Net), Khai, Khairil Amri(Ka Dior), Syameel, Luqman Hamzah,Zul, Firdaus, Megat, Putera(Spek), dan member2 laki yg lain yg tak disebutkan namanya dekat sini.

SPECIAL TRIMAS JUGAK kepada:
Member2 pempuan yg datang menggegarkan Aktiviti Penggamitan Memori dan Nostalgia lalu.
Sori la kawan, tak perasan sapa yg ada dan sapa yg takde tadi, ramai sgt...apa2 hal pon, kalian jugak member2 yg best. Setinggi-tinggi ucapan trimas untuk kalian...

KEPADA YG GAGAL MENGHADIRKAN DIRI:
Pon special trimas jugak untuk kalian sebab masih stay in touch dan mengambil berat pasal kawan2 yang lain...semoga dapat berjumpa pada lain waktu insyaAllah...

KITA GENG SAMPAI BILA-BILA BOLEH???
-Macam tu la hidup geng. Lepas ni semua akan sibuk dengan kehidupan masing2. Ada yg akan ke luar negara, ada yg dah berangan nak kawin pun ade...ada yg sibuk dengan perancangan masa depannya seniri, tapi aku nak member2 semua ingat, walaupun kita akan sibuk dengan hidup kita sendiri, kita tetap akan jadi geng dan bersahabat sampai bila2 boleh tak geng?, WAllahualam.-

Itu la secebis daripada perjalanan hidup aku readers, harap kalian dapat enjoy celoteh aku ni.
"Nostalgia kalau dikongsi bersama, akan terasa manisnya"...sampai sini dulu geng, aku akan bersembang dengan kaian lagi nanti insyaAllah...

Wassalam...

'Pelajar mahupun bekas belajar SKPA dan kawan2 satu batch dengan aku dulu'....you are now apart of our 'Crew', haha...

Saturday, April 23, 2011

Destinasi 3, Kita Adalah Kita...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you...

Member2 di luar sana apa macam? Harap2 kalian sihat dan ceria sentiasa. Kalau yang sentiasa tertekan memanjang, cuba2 la 'relax'kan diri anda sebab bila hidup asyik terlalu melayan tekanan semestinya tak seronok dan tak dapat la nak 'Live our life to the fullest', betul tak geng?

Okay geng, kali ni aku nak bercerita sikit tentang 'trend' masyarakat kita pada hari ini.
Sejak zaman sekolah lagi aku dapat lihat perkara ni 'dipraktikkan' oleh kawan2, kenalan2 dan insan2 lain di sekeliling kita. Ya, 'trend' tersebut ialah merendah-rendahkan 'keistimewaan' orang lain.

Sehingga sekarang, kerap sangat aku lihat manusia mengagung-agungkan 'trend' ni.
Senang2 sahaja mereka menggelar manusia lain dengan nada 'sarcastic' seperti, 'Gemuk, Jongang, Hitam dan sebagainya. Ya, kita juga selalu buat macam tu kan geng? Ini la yang kita akan cuba ubah mulai saat ni.

Tapi sikap kita yang selalu 'ter'lakukan perkara ni bukanlah perkara yang ingin aku celotehkan di sini.
Apa yang aku ingin ceritakan di sini ialah tentang reaksi yang patut ditunjukkan oleh orang2 yang berhadapan dengan manusia yang sering merendah-rendahkan mereka kerana 'keistimewaan' mereka.

Kita memang selalu sangat memberi gelaran kepada orang lain mengikut sedap hati betul tak geng?
Yang giginya istimewa, kita akan panggil Jongang. Yang kulitnya agak unik, kita akan gelar Hitam. Yang ketinggiannya agak mengancam, kita akan panggil Pendek, Ketot, Kenit dan sebagainya.
Baik, sebelum mengulas dengan lebih panjang, izinkan aku gelar golongan2 yang digelar dengan pelbagai panggilan ni sebagai 'INSAN HEBAT', boleh?
Ya kawan2 sekalian, biasanya apabila kita menggelar mereka dengan panggilan2 yang sedemikian, pernah atau tidak kita memikirkan soal perasaan dan mentaliti mereka?
Pastinya Insan-Insan Hebat sekalian akan berasa tersinggung betul?

Pasa kebisaannya, Insan-Insan Hebat sekalian akan berasa sedih, marah dan kecewa dengan 'keistimewaan'
yang anda ada betul? Anda akan berasa rendah diri yang teramat sangat dan akhirnya anda, anda, anda dan anda di luar sana akan menyisihkan diri daripada rakan2 lain yang seterusnya mengekang kalian daripada melibatkan diri dalam aktiviti2 yang memerlukan kalian untuk mempamerkan diri anda di hadapan khalayak ramai mahupun aktiviti2 lain.

Ya, Insan-Insan Hebat sekalian, di sini aku bukannya mahu 'condemn' kalian atau mendedahkan kelemahan kalian kepada orang lain, tetapi apa yang aku hendak beritahu di sini adalah, anda tidak seharusnya berasa begitu, tidak sepatutnya merendah diri hanya kerana anda berkulit gelap, bergigi jongang atau sebagainya.
Sebaliknya, anda sepatutnya cuba tonjolkan diri kalian seadanya dan berasa bangga dengan 'keistimewaan' yang ada. Cuba fikir positif, tidak semua orang mempunyai kulit yang gelap, ataupun gigi yang jongang dan lain2 'keistimewaan' yang terdapat pada 'Insan-Insan Hebat' betul tak geng? Jadi, kenapa anda harus berasa malu dan kecewa dengan apa yang ada pada diri anda?

Jadi selepas ni, aku harap Insan-Insan Hebat boleh hilangkan rasa rendah diri yang tidak bertempat dan cuba berdiri megah dengan apa yang ada boleh tak kawan? Tetapi, beringat-ingat lah, bila sudah berjaya kelak jangan pula kalian riak dan sombong dengan pemberian Tuhan. Bawa2 la bersyukur kawan.
Sama2 la kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T okay geng? Aku teringat akan kata2 cikgu aku sebelum ni, " Semua orang layak untuk berjaya", dan Ustazah yang mengajar aku sebelum ni juga pernah berpesan, " Azim, jika hendak berjaya, senang aje, kamu cuma perlu BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKAL"...

Jadi kawan, di sini sudah cukup jelas bahawa 'keistimewaan' yang ada pada diri kita bukanlah alasan yang munasabah untuk kita jadikan sebagai faktor kegagalan kita dalam hidup. Kita cuma perlu merancang dan mengambil langkah yang tepat, insyaAllah kita akan berjaya.

Jikalau kita merupakan seorang insan yang mempunyai rupa yang menarik, penampilan yang mengancam tanpa cacat-cela sekalipun, tetapi tidak mampu merancang dan bertindak dengan baik pada masa yang sesuai, ditambah pula dengan sikap kita yang malas berusaha, tidak tahu bersyukur dan jarang sekali berdoa, tetap juga tidak boleh berjaya. Jadi konklusinya di sini, rupa paras serta ketidaksempurnaan bukanlah faktor bagi kejayaan mahupun kegagalan seseorang. Jadi sama2 la kita memperbaiki diri kita dan cuba mantapkan lagi akhlak dan gaya pemikiran kita boleh tak member2 sekalian?

Sampai sini dahululah geng. Sehingga berjumpa lagi di destinasi yang seterusnya. Ingat kawan, Solat jangan lupa, bersyukur la selalu, sama2 la kita praktikkan...dan mulai saat ni, sama2 la kita 'respect' Insan-Insan Hebat di luar sana yang ternyata jauh lebih hebat berbanding kita sebenarnya kan geng? Kita adalah Kita jangan kecewa dengan apa yang ada dan cubalah menjadi diri kita sendiri...

Wassalam...

Kepada 'Insan-Insan Hebat' di luar sana....you are now apart  of our 'CREW', haha...

Sunday, April 17, 2011

Destinasi 2, Antara Kita dan Gred A...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you,

Macam mana keadaan anda hari ni? harap2 kalian sihat sentiasa.
Okay geng, hari ni aku nak cerita sikit pasal realiti kawan2 kita di seluruh negara Malaysia yang kita sayang sangat ni. Mungkin kalian pun sudah lali dengan keadaan ni.

'Biasanya selepas mengambil result SPM, pasti ada rakan kita yang berjaya meraih keputusan 'Straight A's'.
Golongan ini selalunya akan pergi untuk ditemuduga bagi mendapatkan biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Petronas, JPA dan sebagainya. Di mata masyarakat, merekalah harapan negara, penyambung warisan, intan payung, pe'maju' negara dan macam2 lagi gelaran lain yang sempoi.
Secara umumnya, memang betul, sebab merekalah yang pada kebiasaannya akan menjadi doktor, peguam, 'engineer' atau bahasa ringkasnya, mereka akan meng'conquer' jawatan2 yang melibatkan profesionaliti.
Secara amnya, golongan inilah yang akan banyak menyumbang untuk negara dan rakyat jelata.
Ya kawan2 sekalian, inilah perkara biasa bagi mereka yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Ada yang dapat Straight A's dan ada yang tidak
'Tapi', cuba kita renung-renungkan saudara saudari kita yang tidak berjaya meraih keputusan 'Straight A's'.
Apa yang dapat aku lihat ialah biasanya golongan ini dipandang rendah oleh masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang 'fail' pulak dalam sesetengah subjek. Kawan-kawan kita yang tidak bernasib baik ini pada kebiasaannya dapat kita lihat di jalanraya-jalanraya berdekatan tatkala mereka sedang merempit, di bawah jambatan-jambatan sedia ada ketika mereka sedang sibuk menagih 'keenakan' dadah dan sebagainya.

Persoalannya di sini ialah MENGAPA?

Ya kawan2, situasi ini berlaku kerana sebahagian daripada kita memandang golongan yang gagal dalam SPM adalah golongan yang tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.Kita menganggap bahawa orang yang cemerlang dalam SPM sahaja yang layak untuk berjaya dalam hidup. JANGANLAH BEGITU GENG, kasihanlah mereka. Sebenarnya kita yang berlaku tidak adil terhadap mereka. Mesti member2 yang sedang membaca tertanya-tanya kenapa aku cakap macam ni? Haha, biar aku jelaskan.

Kita Belajar Untuk Menuntut Ilmu, Bukan Sekadar Mendapatkan A+
Begini, sebenarnya memang tidak dapat dinafikan, sebahagian daripada member2 kita di luar sana agak 'lemah' dalam bidang akademik dan langsung tak berminat untuk menimba ilmu mengikut sukatan pelajaran di sekolah. Tapi, bolehkah kita menghina mereka hanya kerana mereka tidak suka belajar di sekolah, tidak suka mengikut sistem akademik yang sedia ada? Mestilah tidak geng...
Mereka Merempit, Menagih Dadah dan sebagainya kerana silap kita yang tidak memberi peluang kepada mereka dan sering memandang rendah kepada kebolehan mereka.
Kita perlu pandang positif, mungkin golongan ini tidak mempunyai kepakaran dalam bidang akademik, tapi mereka mungkin mempunyai bakat lain seperti : Melukis, Bermain Muzik, Memasak, Menggunting Rambut dan sebagainya...

Ya, aku nak ajak member2 sekalian berfikir sejenak. Kita sering memandang tinggi pada 'profession' seperti 'Doctor, Lawyer, Engineer' dan sebagainya. Pada pandangan kita, mereka adalah golongan pakar yang berilmu tinggi dan penting dalam sesebuah organisasi kemasyarakatan. TAPI, mengapa tidak kita pandang tinggi pada golongan yang cuma bekerja sebagai 'Tukang Gunting Rambut, Tukang Sapu, Tukang Jual Burger, Pelukis Potret dan sebagainya. Kita sering pandang rendah pada golongan ini, tapi cuba kita bayangkan jika di kawasan perumahan kita tidak ada yang bekerja sebagai Tukang Gunting Rambut, haa, siapa yang akan buat rambut kita kelihatan segak bergaya, jika tidak ada orang yang Menjual Burger, di mana  kita nak lepak sambil berborak dengan rakan2 kita? Jika tidak ada yang bekerja sebagai Tukang Sapu, tidakkah sesebuah 'shopping mall' tu akan menjadi kotor dan penuh dengan gula-gula getah dan puntung rokok yang kita buang? Betul tak geng? Haha...
Bila Study, Jangan Sampai Tertekan, Senyum la Sikit

Jadi konklusinya di sini, aku bukannya nak 'condemn' sahabat2 kita yang dapat 'Straight A's', atau merendah-rendahkan martabat rakan2 kita yang kurang berjaya dalam SPM, tetapi sekadar mengingatkan member2 di luar sana serta mengingatkan diri aku sendiri juga agar tidak lagi mengetepikan golongan ini.
Sebaliknya, kita berikan peluang kepada mereka untuk berjaya dalam hidup. Kita galakkan la mereka untuk buat 'business' atau lain2 perkara lagi yang melibatkan bakat unik mereka...

Semua orang layak untuk berjaya la kawan, jadi jika ada di dalam kalangan kita yang 'result' SPM nya tidak seberapa, janganlah cepat sangat melatah dan 'give up'. Jika kita gagal mendapatkan 'Straight A's' dalam Peperiksaan SPM, tidak bermakna masa depan kita musnah sama sekali. Rezeki tu ada di mana2, kita cuma perlu berusaha dengan kuat untuk berjaya, itu saja...dan bagi kita yang beragama Islam khususnya, jangan lah pula kita lupa wahai member2 sekalian, bila dah berusaha tu, berdoa dan bertawakal la okay?

Kita mesti ingat, niat kita belajar adalah untuk menuntut ilmu, bukanlah sekadar untuk menduduki peperiksaan. Jadi, gunakan ilmu anda sebaik-baiknya...so member2 di luar sana, boleh tak kita set dalam minda kita macam ni mulai hari ni? Bolehkan? Haha...

Baiklah geng, sampai sini dulu lah. Kita berehat sejenak sebelum menyambung pengembaraan kita.
Aku doakan kejayaan kalian insyaAllah.  Sama2 lah kita doakan kejayaan sesama kita...

Wassalam...

'Kalian yang sama ada berjaya atau tidak berjaya mendapatkan 'Straight A's'...you are now apart of our 'Crew', haha.

Destinasi 1, 18 Tahun Kemudian...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you,

Apa cerita geng? Haha, Alhamdulillah aku sihat aje...
Kalau dulu aku masih lagi bergelar pelajar sekolah, kini aku sudah dewasa begitu juga dengan kawan2 aku yang lain. Mereka masing2 sudah sibuk dengan hal sendiri sekarang. Ada yang bekerja, ada yang dah sambung belajar. Ya, itulah realiti dan keadaan biasa yang menjadi norma kehidupan apabila kita menamatkan zaman persekolahan. Mula2 memang sedih la, sebab terpaksa tinggalkan sekolah yang kita sayang, terpaksa tinggalkan kawan2, guru2 yang sudah banyak berjasa, terpaksa tinggalkan seribu satu memori zaman persekolahan.

Tapi, hidup memang macam tu, kita perlu sentiasa melangkah ke hadapan.
Begitu juga aku, perlu melangkah ke hadapan dan teruskan kehidupan ke peringkat yang seterusnya.
Kalau dulu aku selalu bercerita tentang macam mana aku dan member2 yang lain menempuh cabaran sepanjang 11 tahun berada di bangku sekolah, haha, kini dalam After 18 Crew, aku akan menceritakan pengalaman aku menempuh zaman setelah TAMAT persekolahan.

Ya, member2 semua, hidup ni bagaikan sebuah pengembaraan, dan pengembaraan semestinya menjadi tidak seronok jika kita melakukannya seorang diri. Jadi, insyaAllah aku akan meneruskan 'pengembaraan' bersama 'krew' lama dan baru dan kongsikan pengalaman aku bersama member2 sekalian di sini: Dunia After 18 Crew.

Keadaan masyarakat, persepsi manusia, anjakan paradigma yang aku alami, nasib mereka yang sebaya dengan kita, pengalaman baru dalam hidup, haha, benda2 ni la yang akan aku ceritakan di sini.
Betul geng, kadang2 bila selesai sahaja SPM, kita tak tau hala tuju dan aktiviti yang kita patut buat dan akhirnya berasa bosan, tapi dalam After 18 Crew, kita mengembara bersama. Haha, tapi ingatlah, bukan anda seorang sahaja yang macam tu... . 'KEBOSANAN' inilah yang akan kita basmi bersama di sini...

Aku pasti, anda,anda, anda dan anda di luar sana juga mempunyai pengalaman yang luar biasa setelah tamat persekolahan atau khususnya, setelah tamat SPM dan sedang berada dalam fasa persediaan untuk menghadapi era kedewasaan. Haha, sama2 la kita mengharunginya...

Apa yang pasti adalah, setiap gelak-tawa, suka-duka, pahit-getir yang kita alami tu merupakan kebiasaan dalam sesebuah pengembaraan dan pelayaran di atas lautan kehidupan, pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku...jadi bersabarlah dan cuba untuk pandang positif dalam setiap perkara yang kita alami...dan yang penting: LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST.

Wassalam...

'READERS'.....you are now apart of our CREW, haha.