kini kita sudah dewasa

Sunday, April 17, 2011

Destinasi 2, Antara Kita dan Gred A...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you,

Macam mana keadaan anda hari ni? harap2 kalian sihat sentiasa.
Okay geng, hari ni aku nak cerita sikit pasal realiti kawan2 kita di seluruh negara Malaysia yang kita sayang sangat ni. Mungkin kalian pun sudah lali dengan keadaan ni.

'Biasanya selepas mengambil result SPM, pasti ada rakan kita yang berjaya meraih keputusan 'Straight A's'.
Golongan ini selalunya akan pergi untuk ditemuduga bagi mendapatkan biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Petronas, JPA dan sebagainya. Di mata masyarakat, merekalah harapan negara, penyambung warisan, intan payung, pe'maju' negara dan macam2 lagi gelaran lain yang sempoi.
Secara umumnya, memang betul, sebab merekalah yang pada kebiasaannya akan menjadi doktor, peguam, 'engineer' atau bahasa ringkasnya, mereka akan meng'conquer' jawatan2 yang melibatkan profesionaliti.
Secara amnya, golongan inilah yang akan banyak menyumbang untuk negara dan rakyat jelata.
Ya kawan2 sekalian, inilah perkara biasa bagi mereka yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Ada yang dapat Straight A's dan ada yang tidak
'Tapi', cuba kita renung-renungkan saudara saudari kita yang tidak berjaya meraih keputusan 'Straight A's'.
Apa yang dapat aku lihat ialah biasanya golongan ini dipandang rendah oleh masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang 'fail' pulak dalam sesetengah subjek. Kawan-kawan kita yang tidak bernasib baik ini pada kebiasaannya dapat kita lihat di jalanraya-jalanraya berdekatan tatkala mereka sedang merempit, di bawah jambatan-jambatan sedia ada ketika mereka sedang sibuk menagih 'keenakan' dadah dan sebagainya.

Persoalannya di sini ialah MENGAPA?

Ya kawan2, situasi ini berlaku kerana sebahagian daripada kita memandang golongan yang gagal dalam SPM adalah golongan yang tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.Kita menganggap bahawa orang yang cemerlang dalam SPM sahaja yang layak untuk berjaya dalam hidup. JANGANLAH BEGITU GENG, kasihanlah mereka. Sebenarnya kita yang berlaku tidak adil terhadap mereka. Mesti member2 yang sedang membaca tertanya-tanya kenapa aku cakap macam ni? Haha, biar aku jelaskan.

Kita Belajar Untuk Menuntut Ilmu, Bukan Sekadar Mendapatkan A+
Begini, sebenarnya memang tidak dapat dinafikan, sebahagian daripada member2 kita di luar sana agak 'lemah' dalam bidang akademik dan langsung tak berminat untuk menimba ilmu mengikut sukatan pelajaran di sekolah. Tapi, bolehkah kita menghina mereka hanya kerana mereka tidak suka belajar di sekolah, tidak suka mengikut sistem akademik yang sedia ada? Mestilah tidak geng...
Mereka Merempit, Menagih Dadah dan sebagainya kerana silap kita yang tidak memberi peluang kepada mereka dan sering memandang rendah kepada kebolehan mereka.
Kita perlu pandang positif, mungkin golongan ini tidak mempunyai kepakaran dalam bidang akademik, tapi mereka mungkin mempunyai bakat lain seperti : Melukis, Bermain Muzik, Memasak, Menggunting Rambut dan sebagainya...

Ya, aku nak ajak member2 sekalian berfikir sejenak. Kita sering memandang tinggi pada 'profession' seperti 'Doctor, Lawyer, Engineer' dan sebagainya. Pada pandangan kita, mereka adalah golongan pakar yang berilmu tinggi dan penting dalam sesebuah organisasi kemasyarakatan. TAPI, mengapa tidak kita pandang tinggi pada golongan yang cuma bekerja sebagai 'Tukang Gunting Rambut, Tukang Sapu, Tukang Jual Burger, Pelukis Potret dan sebagainya. Kita sering pandang rendah pada golongan ini, tapi cuba kita bayangkan jika di kawasan perumahan kita tidak ada yang bekerja sebagai Tukang Gunting Rambut, haa, siapa yang akan buat rambut kita kelihatan segak bergaya, jika tidak ada orang yang Menjual Burger, di mana  kita nak lepak sambil berborak dengan rakan2 kita? Jika tidak ada yang bekerja sebagai Tukang Sapu, tidakkah sesebuah 'shopping mall' tu akan menjadi kotor dan penuh dengan gula-gula getah dan puntung rokok yang kita buang? Betul tak geng? Haha...
Bila Study, Jangan Sampai Tertekan, Senyum la Sikit

Jadi konklusinya di sini, aku bukannya nak 'condemn' sahabat2 kita yang dapat 'Straight A's', atau merendah-rendahkan martabat rakan2 kita yang kurang berjaya dalam SPM, tetapi sekadar mengingatkan member2 di luar sana serta mengingatkan diri aku sendiri juga agar tidak lagi mengetepikan golongan ini.
Sebaliknya, kita berikan peluang kepada mereka untuk berjaya dalam hidup. Kita galakkan la mereka untuk buat 'business' atau lain2 perkara lagi yang melibatkan bakat unik mereka...

Semua orang layak untuk berjaya la kawan, jadi jika ada di dalam kalangan kita yang 'result' SPM nya tidak seberapa, janganlah cepat sangat melatah dan 'give up'. Jika kita gagal mendapatkan 'Straight A's' dalam Peperiksaan SPM, tidak bermakna masa depan kita musnah sama sekali. Rezeki tu ada di mana2, kita cuma perlu berusaha dengan kuat untuk berjaya, itu saja...dan bagi kita yang beragama Islam khususnya, jangan lah pula kita lupa wahai member2 sekalian, bila dah berusaha tu, berdoa dan bertawakal la okay?

Kita mesti ingat, niat kita belajar adalah untuk menuntut ilmu, bukanlah sekadar untuk menduduki peperiksaan. Jadi, gunakan ilmu anda sebaik-baiknya...so member2 di luar sana, boleh tak kita set dalam minda kita macam ni mulai hari ni? Bolehkan? Haha...

Baiklah geng, sampai sini dulu lah. Kita berehat sejenak sebelum menyambung pengembaraan kita.
Aku doakan kejayaan kalian insyaAllah.  Sama2 lah kita doakan kejayaan sesama kita...

Wassalam...

'Kalian yang sama ada berjaya atau tidak berjaya mendapatkan 'Straight A's'...you are now apart of our 'Crew', haha.

3 comments:

  1. okey,saya sign in sebagai crew anda.hahaha!

    ReplyDelete
  2. Hahaha...mari2, berlayar bersama mengharungi lautan kehidupan.

    ReplyDelete
  3. lecture UiTM saya cakap.. sesiapa sahaja yang tengok kawan tak berjaya boleh calonkan dia join projek UiTM iaitu.. destini anak bangsa.. peluang kedua kepada pelajar melayu yang result tak berapa bagus sangat.. tu yang saya dengar la..

    ReplyDelete