kini kita sudah dewasa

Saturday, April 23, 2011

Destinasi 3, Kita Adalah Kita...

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t and Peace be upon you...

Member2 di luar sana apa macam? Harap2 kalian sihat dan ceria sentiasa. Kalau yang sentiasa tertekan memanjang, cuba2 la 'relax'kan diri anda sebab bila hidup asyik terlalu melayan tekanan semestinya tak seronok dan tak dapat la nak 'Live our life to the fullest', betul tak geng?

Okay geng, kali ni aku nak bercerita sikit tentang 'trend' masyarakat kita pada hari ini.
Sejak zaman sekolah lagi aku dapat lihat perkara ni 'dipraktikkan' oleh kawan2, kenalan2 dan insan2 lain di sekeliling kita. Ya, 'trend' tersebut ialah merendah-rendahkan 'keistimewaan' orang lain.

Sehingga sekarang, kerap sangat aku lihat manusia mengagung-agungkan 'trend' ni.
Senang2 sahaja mereka menggelar manusia lain dengan nada 'sarcastic' seperti, 'Gemuk, Jongang, Hitam dan sebagainya. Ya, kita juga selalu buat macam tu kan geng? Ini la yang kita akan cuba ubah mulai saat ni.

Tapi sikap kita yang selalu 'ter'lakukan perkara ni bukanlah perkara yang ingin aku celotehkan di sini.
Apa yang aku ingin ceritakan di sini ialah tentang reaksi yang patut ditunjukkan oleh orang2 yang berhadapan dengan manusia yang sering merendah-rendahkan mereka kerana 'keistimewaan' mereka.

Kita memang selalu sangat memberi gelaran kepada orang lain mengikut sedap hati betul tak geng?
Yang giginya istimewa, kita akan panggil Jongang. Yang kulitnya agak unik, kita akan gelar Hitam. Yang ketinggiannya agak mengancam, kita akan panggil Pendek, Ketot, Kenit dan sebagainya.
Baik, sebelum mengulas dengan lebih panjang, izinkan aku gelar golongan2 yang digelar dengan pelbagai panggilan ni sebagai 'INSAN HEBAT', boleh?
Ya kawan2 sekalian, biasanya apabila kita menggelar mereka dengan panggilan2 yang sedemikian, pernah atau tidak kita memikirkan soal perasaan dan mentaliti mereka?
Pastinya Insan-Insan Hebat sekalian akan berasa tersinggung betul?

Pasa kebisaannya, Insan-Insan Hebat sekalian akan berasa sedih, marah dan kecewa dengan 'keistimewaan'
yang anda ada betul? Anda akan berasa rendah diri yang teramat sangat dan akhirnya anda, anda, anda dan anda di luar sana akan menyisihkan diri daripada rakan2 lain yang seterusnya mengekang kalian daripada melibatkan diri dalam aktiviti2 yang memerlukan kalian untuk mempamerkan diri anda di hadapan khalayak ramai mahupun aktiviti2 lain.

Ya, Insan-Insan Hebat sekalian, di sini aku bukannya mahu 'condemn' kalian atau mendedahkan kelemahan kalian kepada orang lain, tetapi apa yang aku hendak beritahu di sini adalah, anda tidak seharusnya berasa begitu, tidak sepatutnya merendah diri hanya kerana anda berkulit gelap, bergigi jongang atau sebagainya.
Sebaliknya, anda sepatutnya cuba tonjolkan diri kalian seadanya dan berasa bangga dengan 'keistimewaan' yang ada. Cuba fikir positif, tidak semua orang mempunyai kulit yang gelap, ataupun gigi yang jongang dan lain2 'keistimewaan' yang terdapat pada 'Insan-Insan Hebat' betul tak geng? Jadi, kenapa anda harus berasa malu dan kecewa dengan apa yang ada pada diri anda?

Jadi selepas ni, aku harap Insan-Insan Hebat boleh hilangkan rasa rendah diri yang tidak bertempat dan cuba berdiri megah dengan apa yang ada boleh tak kawan? Tetapi, beringat-ingat lah, bila sudah berjaya kelak jangan pula kalian riak dan sombong dengan pemberian Tuhan. Bawa2 la bersyukur kawan.
Sama2 la kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T okay geng? Aku teringat akan kata2 cikgu aku sebelum ni, " Semua orang layak untuk berjaya", dan Ustazah yang mengajar aku sebelum ni juga pernah berpesan, " Azim, jika hendak berjaya, senang aje, kamu cuma perlu BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKAL"...

Jadi kawan, di sini sudah cukup jelas bahawa 'keistimewaan' yang ada pada diri kita bukanlah alasan yang munasabah untuk kita jadikan sebagai faktor kegagalan kita dalam hidup. Kita cuma perlu merancang dan mengambil langkah yang tepat, insyaAllah kita akan berjaya.

Jikalau kita merupakan seorang insan yang mempunyai rupa yang menarik, penampilan yang mengancam tanpa cacat-cela sekalipun, tetapi tidak mampu merancang dan bertindak dengan baik pada masa yang sesuai, ditambah pula dengan sikap kita yang malas berusaha, tidak tahu bersyukur dan jarang sekali berdoa, tetap juga tidak boleh berjaya. Jadi konklusinya di sini, rupa paras serta ketidaksempurnaan bukanlah faktor bagi kejayaan mahupun kegagalan seseorang. Jadi sama2 la kita memperbaiki diri kita dan cuba mantapkan lagi akhlak dan gaya pemikiran kita boleh tak member2 sekalian?

Sampai sini dahululah geng. Sehingga berjumpa lagi di destinasi yang seterusnya. Ingat kawan, Solat jangan lupa, bersyukur la selalu, sama2 la kita praktikkan...dan mulai saat ni, sama2 la kita 'respect' Insan-Insan Hebat di luar sana yang ternyata jauh lebih hebat berbanding kita sebenarnya kan geng? Kita adalah Kita jangan kecewa dengan apa yang ada dan cubalah menjadi diri kita sendiri...

Wassalam...

Kepada 'Insan-Insan Hebat' di luar sana....you are now apart  of our 'CREW', haha...

2 comments: